Kategori

Thursday, March 11, 2010

Audition Pondok-Pondok Terbitan TV9

Ni gambar kakak (Nurlina Liyana) masa dipanggil audition kali ke-2 untuk rancangan Pondok Pondok TV3 pada Tahun Baru Cina yang lepas. Kami pergi berempat Papa, Mama, Acik Zali & Kakak. Kesian adik kena tinggal rumah nenek... pasal masa audition kali pertama dia lari keliling Sri Pentas. Gambar diambil oleh Acik Zali dan editing foto oleh Papa.

Klik pada link dibawah (Facebook Papa)
"Audition Pondok-Pondok"

Salam Perkenalan

Assalammualaikum dan salam perkenalan.

Tak tau nak taip apa sebenarnya. Bagi saya semua yang pertama agak sukar :(

Blog ni dibuat untuk anak pertama kami, Mohamad Irwan Bin Sidek & Munirah Mahmod. Kenapa dan mengapa kami membina blog untuk "Kakak", adalah disebabkan banyak aktiviti kakak yang boleh kami kongsikan dan sebenarnya paling penting agar memori tersebut terus "Segar Dalam Ingatan", lagu Mael XPDC ni kalau tak silap... hehehe

Blog ini juga bukan untuk menunjuk-nunjuk, bermegah-megah, riak, dan apa yang sewaktu dengannya, seperti saya terangkan diatas hanya catatan berkenaan diri kakak dan kami (termasuk anak ke-2 kami, Mohamad Salahuddin Amsyar).

Buat mereka yang mengenali kami, semoga anda berbahagia selalu, jangan lupa berhubung dan kepada pengunjung yang tidak mengenali kami, selamat berkenalan diucapkan.

Dan jika ada komen mengenai blog ini, kami sangat alu-alukan. Cuma diharap menjaga tatabahasa memandangkan kakak yang baru berumur 6 tahun turut membaca dan kami akan memberi kakak untuk mencatat sesuatu yang bersesuaian dengan pengawasan yang ketat dari kami

Sekian, buat masa ini... semoga kita jumpa lagi

Mukadimah pertama blog ini dicatat oleh Papa.